Aku tak mahu toleh ke belakang lagi. Azam aku mahu terus bahagia menjadi hamba Allah dan mahu terus bahagia di sisi keluarga. Aku akan terus menjadi aku.....tidak mahu mengganggu hidup orang lain dan tidak mahu diganggu oleh orang lain. Aku tidak melakukan kesalahan kepada dan terhadap orang lain....mudah mudahan aku akan terus menjadi aku....yang terus mahu hidup aman dan damai di samping org org tersayang.
Dalam hidupku yg tidak lama ini...aku mahu disayangi .....dan aku akan terus menyayangi org org tersayangku tanpa ada batasan.......seluas angkasa dan lautan....
Dulu aku akui....aku selalu benar memendam segalanya seorang diri......aku seorang yg penakut....aku seorang yg berhati kecil. Tapi.....setelah berbagai dugaan, sedikit demi sedikit...kekuatan itu timbul, keyakinan itu bercambah....aku bersyukur, aku bertambah yakin sekarang.
Anak anak tersayang......ibu mahu kalian kuat di dalam apa juga yg kalian harungi......walaupun tanpa ibu suatu hari nanti. Suamiku....semuga segala yg kita tempuhi selama 20 tahun hidup bersama akan tersimpan kemas di dalam kotak memorimu......Zee sayang abang.......semuga Allah terus melindungi kita sekeluarga.....InsyaAllah...
ENTAH BILA
8 years ago








No comments:
Post a Comment