Hmmm....lamanya aku tak masuk bilik ni....rindu seyyy... Semua disebabkan masa yg membataskan aku utk men"update" blog aku ni. Alhamdulillah...hari ni ada sedikit kesempatan utk aku menulis sebaris dua ayat. Dari bulan 10 rasanya aku tidak berapa aktif berbloging. Almaklum, suamiku tidak berapa sihat dan seluruh perhatian aku tertumpu kepadanya sejak bulan 10 malah....hingga sekarang pun. Dia perlukan semangat dan perhatian dari ku, dan selama 6 bulan dia berhadapan saat yg amat getir....perkataan yg paling meruntun hati dan perasaan aku "Zee...abang kuat kerana Zee, tak ada Zee tak tau lah abang....apa akan jadi". Aku tak pernah menangis depan suamiku sepanjang dia sakit...kerana aku mahu dia tahu...bahawa aku kuat......tapi pertama kali aku tersedu sedan di hadapannya ketika dia di ICU Johor Specialist. Saat itu hanya Allah yg tahu betapa sayunya hatiku ketika suamiku dipakaikan diaper....ketika berselirat wayar di seluruh tubuhnya, dan oxigen utk menyelaraskan pernafasann nya....Erat genggaman tangan suamiku......sangat menyayat hati melihat keadaan suamiku.....Ya Allah.....jika ikutkan hati mau aku meraung di ICU waktu itu....tapi aku kuatkan semangat dan tidak putus putus berzikir di dalam hati sebagai ubat kerisauan aku. Aku pasrah....andai sakit ini adalah kifarah utk suamiku...aku bersyukur ya Allah kerana kau menyayangi suamiku yg kerdil itu......semoga suamiku akan kuat semangat.....dan kini.......Suami ku sihat sedikit dan aku bersyukur ya Allah......kau telah memberi peluang kepada suamiku utk terus beribadat dan menambah keimanan dijiwanya....keranamu Ya Allah....Hari2 yg kulalui kini semakin indah dengan belaian dari suamiku....Syukur.......

Ahli keluargaku, Sahabat2ku dan Sahabat2 suamiku.......aku bersyukur menjadi sebahagian dari kehidupan kalian......kalian banyak membantu dan memberi sokongan ketika aku menghadapi semua ini......hanya Allah jualah yang akan membalas segala budi baik kalian......Allahua'lam......
No comments:
Post a Comment